Friday, September 30, 2011

Doa Pendinding diri dari buatan orang

1) Untuk mendinding diri dari buatan jahat orang, cuba baca ayat Kursi 7 kali, sekali hembus kekanan, sekali hembus kekiri, sekali hembus ke depan, sekali hembus ke belakang, sekali hembus ke atas, sekali hembus kebawah dan sekali sedut nafas sendiri. Insya Allah.

2) Untuk mendinding diri dari buatan jahat orang, cuba tadah tangan seperti berdoa, kemudian hembus padanya sekali, kemudian baca al-fatihah sekali, kemudian baca al-ikhlas sekali, baca al-falaq sekali, baca an-nas sekali, baca ayat kursi sekali. Sapukan pada seluruh badan. Cara ini dipanggil Ruqyah.

3) Untuk mendinding diri dari buatan jahat orang, cuba tadah tangan seperti berdoa, kemudian baca surah an-nas 3 kali, sapukan pada seluruh badan, bermula dari atas kepala hingga ke kaki. Insya-Allah berkesan.

4) Untuk mendinding diri dari buatan jahat orang, cuba baca ayat kursi 11 kali, kemudian baca surah Yaasin 3 kali, berhenti pada setiap ayat yang berakhir dengan mubiiin, kemudian berdoa pada tiap-tiap akhir ayat itu minta dipulangkan kejahatan kepada pemiliknya atau doa yang seumpamanya..

No comments: